Once upon a time ...
Siapa yang tak kenal Fir'aun yang telah mengaku diri dia tu tuhan ..? dia antara penguasa yang paling berkuasa dibumi ni suatu masa dahulu . Dan "Asiah binti Mahazim" yang digelar Ratu Syahadah merupakan isteri kepada Fir'aun . Nak dipendekkan cerita , waktu semua bayi yang baru lahir dari kalangan bani Israel wajib dibunuh atas perintah Fir'aun , Asiah telah menjumpai seorang bayi yang dihanyutkan . Allah mencampakkan rasa kasih ke dalam hati Asiah untuk memelihara bayi itu sehingga besar . Lalu anak itu dilantik oleh Allah menjadi seorang nabi dan Rasul . Dialah nabi Musa a.s. yang membawa ajaran Allah dan kitab Taurat . Asiah merupakan salah seorang pengikut nabi Musa . Dan apabila rahsia Asiah terbongkar , Fir'aun cuba memujuk dengan cara lembut , namun Asiah tetap berpegang dengan keimananya . Lalu Fir'aun menyeksa Asiah dengan berbagai cara . Betapa hebat wanita yang bergelar Ratu Syahadah ini sehingga doanya terakam di dalam al-Quran .
Kenapa Ratu Syahadah ?
Beliau digelar sebegitu kerana beliau merupakan seorang ratu yang sanggup meninggalkan segala harta dunia yang dimiliki hanya untuk mempertahankan syahadah yang telah diikrarkan . Bayangkan , dia seorang ratu Fir'aun . apa sahaja yang diminta pasti akan tertunai . Namun , dia mengetahui bahawa tiada nikmat dunia yang dapat menandingi nikmat di syurga . jadi, moh kita hayati nasyid ratu syahadah..banyak pengajaran yang kita boleh pelajari ...
RATU SYAHADAH
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi
Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana
sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga
Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang
Ya Allah...Ya Allah...
sebaik-baik manusia itu adalah wanita solehah
No comments:
Post a Comment